top of page
Writer's pictureFarhan_Mat

Transformasi Kurikulum Standard (KSSR/KSSM)

Updated: Jan 5, 2023


Komponen dalam transformasi kurikulum standard



KOMPONEN

PENERANGAN

Standard Kandungan

​Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan bolehlakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

​Standard Pembelajaran

​Satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran danpencapaian yang boleh diukur bagisetiap standard kandungan.

Standard Prestasi

​Satu set kriteria umum yang menunjukan tahap-tahap penguasaan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara telah dikuasai

Elemen Merentas Kurikulum(EKM)

​Unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) selain yang ditetapkan dalam standard kandungan . Elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasam dan masa hadapan

​Masa

​Masa pengajaran dan pembelajaran dapat dimaksimunkan mengikut perancangan jadual waktu yang efektif

​Aktiviti PdPc

​Aktiviti yang dirancang mestilah menunjukan cara objektif dicapai. Aktiviti mesti ditulis dengan jelas dalam bentuk ayat lengkap dan bukan hanya menulis perkataan, Aktiviti pdpc menggunakan PAK-21.

​KBAT

Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan. Kemahiran dan nilai dalam membuat penaalukan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah , membuat keputudan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

Penilaian

​Suatu proses mentaksir sama ada kuantiti atau takat sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak. 3 langkah iaitu untuk mendapatkan maklumat melalui cara mengukur. Menetapkan sesuatu kriteria bagi pengukuran dan membuat sesuatu pentaksiran (pertimbangan) tentang pengukuran.

Refleksi

​Salah satu ulasan terhadap amalan seseorang untuk memastikan ketepatan dan keakurannya kepada satu satu peraturan yang telah ditentukan.Satu proses menganlisasi, meremnung dan mencari alas an seterusnya membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki atau menambah baik kaedah pengajaran dan pembelajaran secara berterusan



12 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page