top of page
Pengenalan Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
Adakah pengurusan bilik darjah dan pengurusan kurikulum bilik darjah memberi pengertian yang sama kepada anda ? Jika jawapannya ya , maka anda perlu membetulkan persepsi yang jelas terpesong dari pengertian yang sebenar . Meskipun kedua - duanya mengandungi perkataan pengurusan yang menghala kepada mencapai objektif / hasil . Namun matlamatnya berbeza kerana pengurusan bilik darjah mempunyai matlamat untuk mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif dengan merujuk kepada ruang dan susun atur tempat pembelajaran dan kawalan disiplin murid di dalam bilik darjah . Manakala pengurusan kurikulum bilik darjah memberi fokus kepada amalan guru dalam mentransformasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsan menerusi kurikulum kebangsaan ke dalam proses merancang , melaksana dan menilai pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah . Oleh sebab itu , seiring dengan peredaran zaman , dapat dilihat pelbagai perubahan yang telah berlaku dalam pengurusan kurikulum bilik darjah . Peranan guru dalam menjayakan keberkesanan pengurusan kurikulum bilik darjah adalah sangat penting . Peranan guru sebagai pengurus kurikulum bilik darjah adalah berdasarkan kepada elemen elemen merancang , melaksana dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran . Pengurusan kurikulum yang dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan memastikan keberhasilan guru dalam kemenjadian murid . Hal ini memerlukan seorang pengurus atau guru yang berkualiti . Guru yang berkualiti dalam pengurusan bilik darjah memainkan peranan dari aspek ketuhanan , pengajaran , profesional , perundingan dan penyelidikan
bottom of page