Sistem pendidikan telah mengalami transformasi secara menyeluruh untuk memenuhi hasrat dan aspirasi rakyat Malaysia sebagai persediaan menghadapi abad ke 21. Sistem ini akan menghasilkan pelajar yang berilmu , mempunyai kemahiran berfikir , kemahiran berbahasa , keupayaan memimpin serta beretika dan mempunyai nilai kerohanian yang tinggi dan jati diri kebangsaan yang kukuh . Proses tranformasi ini adalah yang amat rumit , meluas dan mendalam cakupannya , yang hanya dicapai melalui kerjasama dan sokongan padu semua pihak kepentingan . Gelombang tranformasi akan menambahbaikkan yang mendorong ke arah inovasi berterusan bagi melahirkan generasi muda yang bersedia mencapai kecemerlangan dalam persekitaran yang kompetitif secara global . Seperti mana diketahui bahawa transformasi berkaitan rapat di antara satu sama lain dalam kurikulum kepada pengajaran dan pembelajaran . Justeru itu pendidikan dijadikan wahana dalam proses transformasi yang dilakukan ke atas kandungan , pedagogi dan pentaksiran bagi memastikan kurikulum sentiasa releven dengan keperluan semasa dan cabaran abad ke - 21 serta selari dengan Pelan Transformasi Kerajaan .
Kaedah Pembelajaran yang teratur akan lebih memudahkan pelajar menguasai sesuatu ilmu - Farhan Mat-
Glosari
Eksplisit | Dinyatakan dengan tepat dan jelas tanpa kias-kias atau tersurat |
Inovasi | Sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah,sistem,adat dan lain lain yang baru.Faktor dimana manusia mencipta benda yang baru dengan menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan inovasi |
Kaedah | Cara atau peraturan membuat sesuatu (terutama yang bersistem atau yang biasa).Contohnya kaedah mengajar ialah cara mengajar berdasarkan prinsip-prinsip tertentu |
Kreatif | Mempunyai kebolehan mencipta,menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea yang baru dana asli.Guru perlu mendidik pelajar agar kreatif agar dapat menghasilkan karya seni yang benar-benar bermutu tinggi |
Pedagogi | Kajian tentang kaedah dan prinsip pengajaran.Di mana sebahagian besar guru dinegara ini memerlukan latihan semula perkembangan terbaru dalam bidang kurikulum |
Pembelajaran | Proses kegiatan belajar |
Pengajaran | Perihal mengajar,segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar,aspek yang dipentingkan. |
Pentaksiran | Prosedur formal yang melibatkan pengumpulan,pentaksiran dan penggunaan maklumat untuk menentukan status pelajar dan membolehkan guru membuat keputusan keupayaan seseorang pelajar |
Refleksi | Satu proses menganalisasi,merenung dan mencari alasan seterusnya membuat cadangan dan tindakan untuk menambahbaikkan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara berterusan |
Standard | Taraf atau darjah kebaikan sesuatu yang diterima(diiktiraf) dan dijadikan dasar untuk mengukur sesuatu nilai(piawai). |
Comentarios