Rajah : Kepentingan menyediakan rancangan pengajaran
KEPENTINGAN | PENJELASAN | CONTOH |
---|---|---|
Gantian | Memberi panduan dan penerangan kepada guru ganti yang akan menggantikan kelas untuk meneruskan aktiviti pengajarannya | Guru merujuk RPH sebelum masuk mengajar |
Pemantauan | Memantau prestasi murid di dalam kelas terhadap penguasaan mereka tentang perkara-perkara yang telah diajar | Rekod prestasi murid sentiasa dicatat |
Persediaan | Menjadikan guru sentiasa berada dalam keadaan bersedia sebelum memasuki kelas dengan menyusun atur aktiviti di dalam kelas | Bersedia dengan ilmu dan persoalan dari murid |
Ingatan | Menjadi peringatan kepada guru dalam meneruskan proses pembelajaran di kelas.Guru itu akan sentiasa berada di dalam fasa pembelajaran yang betul | Tidak tersilap atau terlupa silibus semasa kelas |
Bahan | Guru dapat memilih,membina dan gunakan bahan bantu yang berkesan ke arah memandu pelajar memahami isu kandungan & mencapai objektif | Video,Gambar,Latihan |
Sistematik | Proses pengajaran tersusun mengikut perancangan,permulaan,pengembangan dan penutup | Set Induksi sehingga Refleksi |
Keyakinan | Meningkatkan keyakinan diri guru untuk sampaikan pengajaran yang tersusun secara berkesan | Tidak teragak-agak semasa mengajar |
Refleksi | Membolehkan guru mengesan kelemahan dan masalah yang berlaku dan segera membetulkan untuk penambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran | Boleh membetulkan kesilapan murid |
Menarik | Strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik minat untuk memahami dan belajar | Gallery Walk,Think pair share |
Kefahaman | Murid dapat memahami dan menguasai isi pembelajaran mengikut pemeringkatan objektif dan tajuk yang diajar guru | Prestasi murid yang memberangsangkan |
Teratur | Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran dan kaedah pengajaran bersesuaian dengan tahap keupayaan murid | Pembelajaran menjadi tersusun dan relevan |
Comments