Transformasi kurikulum kebangsaan kepada unit pengajaran dan pembelajaran
Kurikulum Rasmi | Dikenali sebagai kurikulum kebangsaan atau kurikulum ideal dan mengandungi kriteria ideal dari segi matlamat pelaksanaan dan penilaian.(KSSR dan KSSM) |
Kurikulum Kebangsaan | Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan |
Kurikulum Sekolah | Segala rancangan pendidikan yang dkendalikan oleh sesebuah sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan. Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) ialah dokumen rasmi tentang pelaksanaan pendidikan yang mengintegrasikan kurikulum , pembelajaran dan pentaksiran.Bertujuan membantu guru mengatur kandungan, proses pengajaran dan pembelajaran serta melaksanakan pentaksiran. 1. Standart kandungan 2. Standard pembelajaran 3. Standard Prestasi - Bahagian yang meliputi RPT & RPH dan kandungan mata pelajaran serta segala kegiatan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah - Bahagian yang meliputi kegiatan pendidikan luar bilik darjah (kokurikulum) seperti kegiatan sukan, unit beruniform dan persatuan |
Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran | Dokumen pelaksanaan pembelajaran dan pendidikkan yang rasmi tentang mengintegrasikan kurikulum , pentaksiran yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum , Kementerian Pendidikan Malaysia . Bertujuan membantu guru mengatur kandungan proses pengajaran dan pembelajaran serta melaksanakan pentaksiran |
Standard Kandungan | Penyertaan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh dilakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan , kemahiran dan nilai |
Standard Pembelajaran | Satu pemetaan kriteria & indikator kualti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan |
Standard Prestasi | Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap - tahap penguasaan murid , sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara telah dikuasai |
Kurikulum Sebenar | Kurikulum formal dan kurikulum tidak formal yang dioperasikan pada peringkat bilik darjah |
Comments