top of page

SINOPSIS

Writer: Nasih_AminNasih_Amin

Updated: Nov 30, 2022

Transformasi Kurikulum Kepada Unit Pengajaran dan Pembelajaran


Bab ini menjelaskan tentang konsep dan pengertian pengajaran dan pembelajaran , proses transformasi kurikulum kebangsaan kepada unit - unit pengajaran dan pembelajaran bagi satu mata pelajaran pilihan , menganalisis keberhasilan pengurusan kurikulum bilik darjah , merumuskan kepentingan rancangan pengajaran , membina rancangan pengajaran tahunan dan menghasilkan rancangan pengajaran harian .


Secara umumnya transformasi kurikulum merupakan usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid di bekalkan dengan pengetahuan , kemahiran dan nilai yang releven dengan keperluan semasa bagi menghadapi abad ke 21.


Dalam proses transformasi ini terutamanya dalam kurikulum , Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat penanda aras dengan kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dan berdaya saing dengan pendidikan bertaraf dunia . Oleh itu transformasi kurikulum hasruslah dipelajari bagi memastikan pendidikan berkualiti setanding dengan negara - negara maju .



 
 
 

Commentaires


Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

  • alt.text.label.Instagram

©2022 by Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah. Proudly created with Wix.com

bottom of page