KONSEP | PENGERTIAN |
Objektif Eksplisit | Melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti menyenaraikan , menjelaskan , memberi contoh , menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan |
Elemen Merentas Kurikulum | Unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan.Elemen merentas kurikulum yang baru ialah Kreativiti dan Inovasi,Keusahawan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi |
Nilai-nilai Murni | 16 nilai yang perlu dilaksanakan merentas kurikulum.Perlakuan yang baik peradaban dan tatasusila individu manusia dalam perhubungan sesama manusia,alam dan tuhan.Contoh : Baik hati,berdikari,hormat menghormati dan sebagainya |
Kaedah Pengajaran | Tindakan-tindakan yang dilakukan oleh guru dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran.Kaedah ini melibatkan tindak balas antara guru dan murid |
Pengetahuan Sedia ada | Merujuk kepada pengetahuan dan pengalaman lalu yang boleh digunakan untuk membantu pembelajaran |
Langkah-langkah Pengajaran | Penyampaian isi pelajaran melalui satu prosedur yang teratur dan rapi dengan susunan tertentu.Ianya dirancang mengikut urutan untuk memudahkan kefahaman pelajar terutama berkaitan dengan pembentukan konsep dan kemahiran yang hendak dimulai |
Isi Pelajaran | Kandungan isi pelajaran yang terdapat di dalam sukatan pelajaran dan dihuraikan dalam sukatan pelajaran |
Aktiviti pengajaran | Tugasan atau kegiatan yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya.lanya dirancang oleh guru secara sistematik teliti untuk dan melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai,membimbing, mengalakkan dan memotivasikan murid untuk belajar |
Penilaian | Proses untuk mengesan perkembangan,kebolehan,kemajuan,dan pencapaian pelajar secara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum |
Refleksi Pengajaran | Merupakan aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran yang telah dilakukan melalui renungan dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran guru |
Konsep & Pengertian Unit Pengajaran dan Pembelajaran
Updated: Nov 30, 2022
Σχόλια